facebook you are visitor
52383
since 12-09-2009
[back] Utusan Daripada Bekas Presiden Chee Liew Seong - 18th Nov 2006

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Saya ingin mengucapkan terima kasih atas kehadiran tuan-tuan dan puan-puan di Mesyuarat Agung Tahunan ke-10 Persatuan Parkinson Malaysia. Banyak peristiwa yang telah berlaku sejak dua tahun kebelakangan ini. Lipu-tan lengkap mengenai segala peristiwa ini akan dibentangkan dalam Laporan Setiausaha (agenda berikutnya). Seca-ra keseluruhannya, PPM telah menjadi sebuah badan bukan-kerajaan yang besar; ia telah mencapai matlamat utamanya, iaitu memiliki sebuah pusat rawatan harian yang merupakan tempat segala aktiviti dijalankan bagi memenuhi keperluan ahli-ahli. Tempat ini telah dinamakan Kelab Parkinson (KP), yang telah dirasmikan pada April 22, 2006. Pada masa ini, aktiviti mingguan seperti Fisioterapi, Pemuli-han Perubatan Carakerja, Senaman Otot Muka dan Vokel (Suara), Taiji Qigong, Waidan Gong dan Tarian Bari-san (Line Dancing) sedang dijalankan serentak dengan aktiviti sosial (Pera-yaan Kek Bulan) di KP. Tidak lama lagi, Terapi Vokel (Speech Therapy) juga akan dimulakan di KP. Namun begitu, disebabkan saiz KP yang agak kecil, perjumpaan yang lebih besar yang me-libatkan lebih daripada 30 orang ter-paksa dijalankan di Pusat Perubatan Pantai (Bangsar).

Sebagai sebuah badan bukan-kerajaan yang mempunyai lebih daripada 500 ahli, proses memperkembangkan KP dengan menjalankan pelbagai aktiviti sememangnya menelan belanja tahunan (termasuk sewa bulanan, gaji kakita-ngan) yang besar, iaitu kira-kira RM60,000. Oleh itu, PPM harus berusaha keras di dalam kempen mengutip derma – suatu cabaran besar bagi ahli jawatankuasa baharu dan juga kita semua.

PPM telah diberikan taraf "pengecua-lian cukai" ("tax-exempt") oleh Jabatan Hasil Dalam Negeri. Kita amat yakin bahawa masyarakat akan memberikan sokongan yang secukupnya. Apa yang diimpiankan oleh PPM ialah pada masa hadapan, ia akan memiliki sebuah bangunannya sendiri. Lebih-lebih lagi, PPM ialah satu-satunya badan bukan-kerajaan yang memper-juangkan hak dan kebajikan masya-rakat Parkinson di negara ini. Kita percaya bahawa semangat "Malaysia Boleh" dan sifat penyayang masya-rakat Malaysia akan memainkan pe-ranan penting di dalam mencapai matlamat PPM. 

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Saya telah membuat keputusan untuk menarik diri daripada aktiviti PPM pada tahun akan datang. Walaupun telah menjalani pembedahan otak pada bulan Julai 2005, badan saya terasa semakin lemah. Oleh itu, saya tidak akan dapat memegang sebarang jawa-tan rasmi seperti Presiden ataupun ahli jawatankuasa pada tahun 2006-8. Selain masalah kesihatan, saya ingin memberikan peluang kepada orang lain yang lebih berkemampuan dan sihat, agar perkhidmatan yang terbaik dapat diberikan kepada PPM.   Namun begitu, saya masih akan menjadi Editor bagi Berita Parkinson sehingga akhir tahun 2007.
 
Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada rakan-rakan yang ternama di bawah: Cik Mah Siew Heng, Cik Sara Lew (Setiausaha) dan pembantu, Cik Tan Teck Bee (Benda-hari) dan pembantu, Cik Lisa Yap, kesemua ahli jawatankuasa (2004-6) dan ahli-ahli PPM yang lain, Dr. N. K. Chew (Penasihat Perubatan), Pensya-rah bagi perjumpaan bulanan. Cik Lim Hooi Hoon (Pembantu Editor), pengu-rus laman web PPM, ahli-ahli sukare-lawan (Amy Chow, Lee Chooi Yoke, Chong Eva, En dan Pn Loke), Fisiotera-pis, Jurupulih Perubatan Carakerja, dan lain-lain atas sumbangan, dedikasi dan komitmen mereka semua.
 
Sebagai mewakili PPM, saya ingin menyampaikan penghargaan kepada or-ganisasi dan individu yang telah mem-berikan bantuan kewangan di dalam menunuhkan KP di Taman Bahagia, Kua-la Lumpur. Pada mqsa ini, pelbagai aktiviti seharian dan mingguan sedang dijalankan di KP. Saya berharap agar kesemua ahli PPM akan terus membe-rikan sokongan padu agar PPM dapat mencapai matlamatnya di dalam mem-bantu kesemua pesakit Parkinson dan ahli penjaga masing-masing.
 
Akhir sekali, saya ingin meminta maaf sekiranya tersilap kata di dalam pro-ses menjalankan tugas saya. Kita se-mua bagaikan sebuah keluarga yang besar. Selama 11 tahun bersama PPM, sebagai Presiden, ahli jawatankuasa dan ahli biasa, saya cukup gembira dengan kehadiran kesemua ahli PPM.

Sekali lagi, saya ingin menyampaikan setinggi-tinggi terima kasih kepada mereka yang telah memberikan soko-ngan kuat kepada saya selama ini. 

Sekian, terima kasih.

Chee Liew Seong