facebook you are visitor
52382
since 12-09-2009
[back] Ucapan Presiden Sempena Pelancaran Rasmi Kelab Parkinson Chee Liew Seong - 22nd April 2006

Tetamu terhormat Pn. Pharidah Sulaiman dan En. Tan Hang Kim, Dr. Chew Nee Kong, Penasihat Perubatan PPM, wakil-wakil syarikat, para profesional perubatan, Datuk & Datin, tetamu-tetamu khas, tuan-tuan dan puan-puan:

Kami semua menghadiri di sini hari ini untuk menyaksikan pelancaran rasmi Kelab Parkinson.

Ahli-ahli PPM telah menantikan saat-saat ini selama 12 tahun, sejak persatuan ditubuhkan pada tahun 1994. Kemampuan kami untuk meraikan hari bersejarah di bangunan sewaan ini adalah semata-matanya kerana sokongan kamu sekalian, dermaan pemurah hati dan kerajinan penasihat, ahli-ahli dan para sukarelawan kami. 

Bagi pihak pesakit-pesakit Parkinson, saya ingin melafazkan hutang budi dan terima kasih kepada kamu sekalian yang telah memberikan sokongan moral, barangan dan kewangan untuk merealisasikan penubuhan KP (Kelab Parkinson, dahulunya dikenali sebagai Pusat Rawatan Parkinson).

Dua individu utama yang telah memberikan sokongan yang paling menggiatkan sepanjang selok-belok penubuhan KP, telah dijemput untuk merasmikan pelancaran KP hari ini. Mereka ialah: Pn. Pharidah Sulaiman, isteri kepada Allahyarham En. Ismail Sulaiman yang telah memberikan kami sokongan kuat semasa Allahyarham masih hidup.  Pn. Pharidah Sulaiman adalah pesakit Parkinson selama lebih 27 tahun. Beliau dan keluarganya sememangnya memahami penyakit ini dan penderitaan peringkat demi peringkat yang dialami akibat penyakit yang tidak dapat diubati ini. Beliau dan keluarganya juga amat memahami kesulitan yang dialami oleh penjaga pesakit Parkinson.

Individu kedua, penyokong kuat selama perjalanan persatuan kami, adalah En. Tan Hang Kim, JP. Selain daripada menyumbangkan secara murah hati, beliau juga telah menanggung keseluruhan kos dan perbelanjaan pengubahsuaian bangunan ini.

Tuan-tuan dan Puan-puan:

Demi mengiktirafkan penyumbangan dua individu ini, gymnasium and perpustakaan KP telah dinamakan sempena Allahyarham En. Ismail Sulaiman dan keluarganya dan En. Tan Hang Kim, JP. Ini adalah tanda gerak kami untuk mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah memberikan sokongan kuat pada saat-saat yang kami paling memerlukannya. Ramai lagi dermawan murah hati and individu serta syarikat yang telah memberikan sokongan kuat kepada kami. Kedua-dua individu ini telah dipilih untuk merasmikan KP sebagai wakil untuk kesemua penyokong kami yang amat menakjubkan.

Tuan-tuan dan Puan-puan:

Dengan tidak melengahkan masa lagi, saya ingin menamatkan taklimat ringkas saya ini dengan mengucapkan sebanyak-banyak terima kasih kepada kamu semua.

Sekian.
Chee Liew Seong, Presiden, Persatuan Parkinson Malaysia