facebook you are visitor
52385
since 12-09-2009
[back] Utusan Daripada Presiden Chee Liew Seong - 26th August 2006

Setiap Selasa, awal-awal pagi lagi, isteri saya akan membawa saya dan En. & Puan Fong ke Kelab Parkinson di Taman Gembira. Inilah kelaziman kami semenjak lebih kurang 6 bulan yang lalu, dan kami beria-ia meneruskan kelaziman ini sepanjang masa.

Tujuan lawatan kerap ke Kelab Parkinson ini adalah untuk menghadiri sesi Amy Chow, yang dijalankan setiap Selasa. Sesi "Facial and Vocal Exercises" untuk PWP (People with Parkinson's) bermula dari jam 10 pagi hingga 11.30 pagi.

Pada mulanya, hanya 4 hingga 6 orang yang menghadiri sesi tersebut. Segelintir daripada mereka menghadiri sekali-dua kali dan tidak datang semula selepas itu; ada pula yang menghadiri sekali dan tidak hadir selama beberapa minggu. Walau bagaimanapun, setiap sessi dihadiri tidak kurang daripada 6 hingga 8 orang kerana sentiasa ada orang baru.

En. Fong Thim Loon dan saya adalah antara para hadirin yang datang kerap setiap minggu. Para hadirin lain yang kerap adalah Puan Pharidah Sulaiman, Puan Susan Wah dan En. Chong K.S. (penyanyi).

Melalui pandangan kami sendiri, para hadirin yang datang kerap selama beberapa bulan ini, memperagakan ciri-ciri yang lebih riang and yakin, dari segi pergerakan dan perlakuan. Mereka mampu mengucapkan perkataan dengan lebih terang dan nyaring, mampu mengingati dan menyanyi lebih banyak lagu dan tidak segan untuk menyanyi solo.

Contoh yang baik ialah Puan Pharidah Sulaiman. Pada permulaannya, beliau sentiasa duduk di kerusi rodanya dan perlu ditolak sepanjang masa. Sekarang ini, beliau mampu berjalan sendiri dalam perkarangan Kelab Parkinson dan memasuki Gym Ismail Sulaiman (yang dinamakan sempena Allahyarham suami beliau) hanya dengan bantuan tongkat. Menantu beliau, Haslinah, bersedia untuk memberi bantuan hanya apabila diperlukan. Bayangkan wanita "muda" 75 tahun ini tersenyum lebar, menutur dan menyanyi lagu-lagu kegemarannya dengan kuat dan terang. Beliau jarang tidak hadir dalam sesi-sesi ini. Menurut menantunya, beliau sentiasa menunggu ketibaan hari Selasa dan bangun lebih awal untuk menghadiri sesi-sesi ini di Kelab Parkinson. Begitu jugalah perasaan para hadirin kerap yang lain, dan tiap-tiap kali, pada penghujung sesi-sesi tersebut, mereka akan mengucapkan "jumpa lagi minggu depan" antara satu sama lain.

Dalam mesyuarat bulanan pada 15 Julai 2006, speaker jemputan, Cik Joey Pang, memberikan ceramah berkenaan "Language and Speech Problems in Parkinson's" (Kesukaran Bahasa dan Pertuturan Dengan Parkinson). Pakar terapi pertuturan dari Pusat Perubatan Sunway ini menjelaskan mengenai punca-punca kesulitan pertuturan dengan penyakit Parkinson dan mencadangkan cara-cara untuk mengelakkan dan mengatasi kesulitan bertutur dan menelan. Beliau meyakinkan Amy Chow bahawa aktiviti-aktiviti setiap sesi Selasa di Kelab Parkinson adalah memanfaatkan. Sejak itu, Amy Chow telah mengamalkan beberapa aktiviti cadangan Cik Joey Pang dalam sesi-sesi Selasa di Kelab Parkinson. Sementara itu, Dr Chew sedang berunding dengan Pusat Perubatan Sunway untuk mengadakan perkhidmatan terapi pertuturan di Kelab Parkinson kepada ahli-ahli yang mempunyai kesulitan bertutur dan menelan.

Kelab Parkinson juga kerap dikunjungi pada hari Rabu, Khamis dan Sabtu. Sesi-sesi yang dijalankan adalah:-

Rabu - Jasmani Taiji and Qigong
Khamis - Waidan Gong & Tarian "Line Dancing"
Sabtu - Fisioterapi oleh para profesional

Ada kalangan ahli yang menghadiri lebih daripada satu sesi setiap minggu. Ini adalah mungkin jikalau masa dan cara aturan tidak menjadi masalah kepada kamu dan penjaga kamu. Walau bagaimanapun, jika kamu hanya dapat menghadiri salah satu sesi setiap minggu, ia sudah mencukupi. Sesungguhnya, kesemua aktiviti tersebut memerlukan latihan yang gigih di rumah. Maknanya, kamu perlu mempunyai disiplin untuk berlatih setiap hari. Sesi-sesi mingguan ini adalah untuk memberikan "Umph", melalui galakan di antara satu sama lain, semangat kekawanan dan perkongsian matlumat, secara menyuarakan perkara-perkara yang kamu ingin melafazkan.
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua sukarelawan dan ahli-ahli terapi yang menjalankan sesi-sesi tersebut. Ahli-ahli digalakkan untuk mengunjungi Kelab Parkinson semasa sesi-sesi terserbut dijalankan untuk menyaksikan dengan mata sendiri bagaimana aktiviti-aktiviti tersebut dijalankan dan manfaat yang dikecapi jika kamu menghadiri sesi tersebut secara aktif.

Sekiranya berminat, kamu perlu berdaftar dengan Patricia, pentadbir pejabat kami, untuk menempah tempat. Kesemua sesi, kecuali sesi fisioterapi pada hari Sabtu, adalah percuma. Sesi fisioterapi adalah dijalankan oleh para profesional yang berkelayakan, dan hanya kadar rendah istimewa yang dikenakan kepada ahli-ahli PPM.

Yang ikhlas,

Chee Liew Seong
Presiden
26 Ogos 2006