facebook you are visitor
52381
since 12-09-2009
[back] Utusan Daripada Presiden Kini Sara Lew - 30th Nov 2006

Sebagai Presiden baharu PPM, saya cukup sedar bahawa tanggungjawab yang dipikul ini jauh lebih berat berbanding dengan tahun 2000-2002, ketika saya memegang pucuk pimpinan PPM. Jumlah keahlian telah bertambah, dan kita sudah berjaya menubuhkan Kelab Parkinson yang merupakan tem-pat Sekretariat, hiburan dan pemuli-han Carakerja. Meskipun begitu, saya berasa lega kerana saya menerima so-kongan padu daripada rakan-rakan yang mempunyai matlamat yang sama. Pengalaman luas rakan-rakan seperjua-ngan ini pasti dapat membantu saya di dalam mencapai matlamat PPM.

Seperti yang sentiasa saya nyatakan, tugas saya hanyalah sebagai pemegang pucuk pimpinan PPM. Apa yang jauh lebih penting matlamat PPM. Kita tidak mementingkan darjat atau nama. Kita hanyalah ahli-ahli sukarelawan yang berganding bahu untuk memberi ban-tuan dan kebahagiaan kepada mereka yang kurang bernasib baik. Oleh itu, kita semua harus sentiasa bekerja-sama dan berkongsi tanggungjawab.

Selama beberapa tahun kebelakangan ini, banyak yang telah berubah. Saya sendiri telah berusia dan berpenga-laman dalam hidup. Saya telah kehila-ngan ramai sahabat, dan juga menemui ramai sahabat baharu. Tempoh satu dekad bersama persatuan ini sebe-narnya agak panjang dan mencabar. Namun begitu, saya terus cekal dalam menghadapi segala rintangan. Terda-pat dua faktor yang mendorong saya untuk terus berkhidmat di dalam PPM.  Pertama, saya mempunyai ramai saha-bat yang telah saya kenali sejak melibatkan diri di dalam PPM. Kedua, saya berazam untuk menghulurkan bantuan, dalam bentuk apa jua,  kepada kesemua pesakit Parkinson dan ahli penjaga mereka.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terimakasih kepada En. Chee Liew Seong dan rakan-rakan, di atas dedikasi dan komitmen mereka terhadap PPM. Saya juga menyampai-kan penghargaan kepada kesemua indi-vidu dan organisasi yang telah menghu-lurkan bantuan, dalam bentuk apa jua, kepada PPM selama ini. 

Sekian, terima kasih.

Yang ikhlas,

Sara Lew