facebook you are visitor
52378
since 12-09-2009
[back] Rencana Utama - Belon ke langit SUBASHINI RAJANDRA - Kosmo Harian - 3rd May 2008

Perkhdimatan pengangkutan udara yang cukup popular di negara Eropah dan Barat ini, kini boleh didapati di Malaysia.

Bak kata orang, bahawa ia merupakan satu pengalaman seumur hidup. Belon udara panas merupakan teknologi pengangkutan udara tertua di dunia.

Penemuannya mengimbau kepada pencipta adik-beradik Montgolfier di Annonay, Perancis pada tahun 1783. Pada tahun yang sama, penumpang diberi peluang untuk menikmati keindahan alam dari ruang udara.

Populariti belon udara panas mendapat sambutan yang hangat di negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat (AS). Di AS sahaja, dipercayai terdapat kira-kira 7,500 belon udara panas yang digunakan bagi tujuan rekreasi, pengiklanan dan sebagainya.

SARA LIEW LAI HEONG (kiri) bersama sebahagian daripada peserta yang hadir untuk menaiki belon udara panas pada Hari Parkinson baru-baru iniPESAKIT Parkinson berpeluang menaiki belon udara panas di Petaling Jaya, baru-baru ini


Belon udara panas biasanya diadakan pada waktu pagi atau lewat petang apabila angin tidak bertiup terlalu kencang.

Secara am, belon udara panas terdiri daripada beg yang dikenali sebagai envelope atau gondola yang membawa penumpang. Gondola yang berbentuk seperti bakul ini diperbuat daripada rotan atau aluminium. Fabrik belon pula adalah bahan sintetik yang ringan seperti nilon dan sejenis polister iaitu dacron.

Berbeza dengan belon gas, corong belon tidak perlu ditutup kerana tekanan dari bawah belon yang memanaskan udara menggunakan alat pemanas memaksa belon terapung dan naik ke atas. Untuk mengelakkan kebakaran, mulut belon dihasilkan daripada tekstur tahan lasak seperti nomex.

Sebuah belon udara panas mampu naik dengan suhu yang mencapai 120 darjah Celcius. Belon ini beroperasi berasaskan prinsip graviti yang menyatakan udara panas lebih ringan daripada udara sejuk. Apabila udara di dalam belon dipanaskan, ia naik dan turun apabila udara itu disejukkan semula."

Pada sambutan Hari Parkinson yang lalu, syarikat ini tidak ketinggalan terlibat dalam kerja-kerja sosial apabila ia menganjurkan satu sesi khas untuk 50 pesakit Parkinson menaiki belon udara panas.

Dengan pimpinan Presiden Persatuan Penyakit Parkinson Malaysia, Sara Lew Lai Heong, hampir 100 orang ahli persatuan itu diraikan dengan pelbagai aktiviti. Sebahagian daripada mereka berpeluang berada di ruang udara setinggi 50 meter. Kebanyakan mereka tidak pernah keluar rumah memandangkan kesihatan mereka tidak mengizinkan. Bagaimanapun, pengalaman ini semestinya dapat mengukir senyuman dan kegembiraan di hati mereka..

Pada zaman sekarang, belon udara panas juga digunakan untuk mempromosi imej, jenama atau produk sesebuah syarikat secara besar-besaran. Bentuk belon diubahsuai kepada botol, kapal, buku, tangan dan bermacam-macam lagi rupa yang menarik.